Monday 15 August 2011

JIN PENCURI TELUR

Sebut pasal telur aku pasti ingat satu diantara peristiwa dimana buat kali keduanya aku melihat jin dengan mata kepala ku sendiri,biar pun terjadi waktu aku berusia antara lima ke enam tahun tapi aku jenis yang sukar melupakan tiap kali terjadi sesuatu.
Nenek ku pelik juga orangnya,dia suka menyimpan makanan yang selalu nya ditinkan dibawah kolong..Selalu juga aku menolongnya mengemas tempat tu yang bahagian tepinya dibuat rak buat menyimpan makanan.


Dan bukannya makanan dalam tin saja didalam kolong tu malah ayam nenek ku menumpang sekali bertelur disitu,tapi tiap hari pasti nenek ku membersihnya.Pelik juga tapi aku cuma memerhati saja perbuatan nenek ku.
Dah seminggu bertelur agaknya dah dalam 7 biji telur terkumpul.Setiap kali ayam memekak selepas bertelur aku lah yang sibuk nak menghitungnya,tak payah turun,cukup dari atas rumah sebab lantai rumah nenek ku berlubang sebesar duit lima puluh sen dan letaknya betul -betul diatas telur-telur tu.


Dirumah nenek ku cuma ada dua orang abangku ,aku,pakcik,mak su,nenek lelaki dan nenek perempuan ku.Tak pasal-pasal rumah nenek riuh bagai nak runtuh kerana kehilangan telur-telur kesayangannya.Kebetulan aku masih tidur dan rasa nya masih awal pagi.
Apa lah malang nasib kedua abang ku dimarahi nenek dan dihalau pula balik kerumah mak,alasan kerana mencuri telur..tapi ada benarnya telur-telur tu semua dah hilang.
Kedua-dua abangku menafikan,dan aku rasa mereka bercakap benar,,tak pulak aku dapat menyebelahi   biar pun puas mereka dimarahi nenek.Cuma kesian je yang dapat ku rasa..nak luah tak lah berani, nenek dah mengamuk sakan.Silap-silap aku yang kena tuduh pulak.


Esoknya ayam tu memekak lagi selepas bertelur,seperti biasa aku pun mengintip kat lubang yang dah tersedia...bukan telur yang aku nampak tapi sebelah tangan hitam yang besar sedang mengambil telur tersebut..nenek ku ketika tu turun dari rumah nak memastikan telur kesayangannya tapi aku cepat -cepat memberitahu nenek ada tangan hantu yang besar telah mengambilnya..Dan ternyata telur tiada walau ayam memekak sekuatnya menandakan lepas bertelur.Nenek tak puas hati dan hari kedua nenek ikut aku mengintip seperti biasa tangan hitam tu datang mengambil telur tu lagi dan kali ini nenek melihatnya sendiri.


Selepas melihat sendiri kejadian tu nenek sedar yang bukan abang- abang ku yang mencuri telur-telur tersebut dan selamatlah maruah kedua abang ku dari gelaran pencuri telur.Yang menjadi pertanyaan ku agak nya jin dari mana yang datang mengambil telur telur tu..penunggu rumah atau Qarin pak su yang memakannya.

KISAH AKU DAN QARIN PAKCIK KU

Sewaktu kecil aku tinggal bersama nenekku dikampung Pulau MelayuEntah kenapa nama kampung tu sebegitu ,agaknya hanya orang melayu tinggal kat sana
 Seingat aku orang- orang inggeris pun  banyak berkeliaran kat situ almaklum padang golf kat depan..dan laut kat seberang jalan.
Dirumah nenek lah pertama kalinya aku nampak hantu,,   Aku masih ingat itu lah hantu pertama yang aku nampak, waktu tu jauh malam,nenek minta temankan  ketandas dan sewaktu nenek membuang air kecil aku duduk dibendul,Keadaan rumah ketika kejadian tu tak lah gelap atau terang sangat,kebetulan seorang pakcik iaitu (tunangan mak su) ku tidur kat serambi rumah,Nampaknya tidur pak cik tu nyeyak benar,Entah kenapa aku asyik memperhatikan tempat pakcik tu , tiba tiba ada lembaga yang seusia  budak 9 tahun dalam keaadaan berbogel dan memegang lembing, macam pengawal dan badan nya macam disalut tembaga berdiri tegak macam lagak seorang pengawal.
Tidak pulak dia nampak aku tapi aku ketakutan dan menjerit dan mata ku tak lepas dari melihat lembaga tu'Apalagi seisi rumah terbangun,lembaga tu pun berpaling dan bertukar menjadi monyet dan terus menerpa nak menyerang aku..ketika tu emak dah macam tahu apa yang nak dibuatnya..apalagi seberkas penyapu lidi tu lah senjata emak aku..Yang pelik nya mereka tak nampak cuma emak akan melibas penyapu lidi dimana saja aku tunjuk kan tempat monyet tu,,Agaknya monyet tu keletihan lepas tu dia pun ghaib.

Hari ini aku masih terfikir akan peritiwa tu dan kenapa lembaga tu  mengawal pak cik  dibahagian kiri disebelah kepala.Kemungkinan tu lah Qarin pakcik aku dan dah tua pak cik tu sekarang tapi nampaknya tak ada tanda-tanda nak solat,.Dan setiap kali berjumpa pak cik tu aku masih merasa tak selesa walau dah berpuluh tahun peristiwa tu berlaku.Dan perjalanan hidup pak cik tu pun penuh dengan segala ranjau yang sukar untuk dimengertikan...