Friday 26 August 2011

DUA BADAN SATU RASA

Di hujung kampung bunga serai tinggal sepasang suami isteri..mereka berdua berasal dari kampung yang sama..dikatakan juga mereka dilahirkan pada hari yang sama jam yang sama dan tahun yang sama..
Kerana terlalu sama maka banyak lah persamaannya..


Selalunya pasangan kembar mempunyai kegemaran yang hampir serupa..jika salah seorang yang sedih pasti yang seorang lagi akan merasa sedih..perasaan dan ikatan naluri yang terjadi kerana mereka kembar dan lahir dari rahim yang sama..
Bagaimana pula dengan kisah sepasang suami isteri ini..


Mak temah dan pak samion dua insan yang bercinta..berjanji setia..sehidup semati...sewaktu muda temah lah nama glamornya dan mion pula untuk pak samion.
Ada pun kisahnya mereka sewaktu kecil disebabkan rumah mereka berdekatan maka mereka berdua menjadi rapat.Lagi pun tiada siapa pun yang sanggup bertemankan mereka berdua.
Siapa yang dapat membayangkan..menangis sitemah pasti meraung sisamion disebelah..ketawa sisamion pasti mengilai sitemah disebelah rumah..apa saja dipendekkan cerita semuanya sama..

Hanya mereka berdua yang tahu apa yang mereka mahu..Orang-orang kampung hanya terkebil-kebil ..bila mereka mula bercinta lagi lah parahnya.
Setiap hari memekak..sitemah menyanyi lagu Isabela dan sisamion pun melalak lagu yang sama.Jiran-jiran semuanya meluat.Bukan setakat jiran tapi emak bapa mereka pun geram..bagai nak diikat ikat dilambong-lambong,dipijak-pijak nya mereka berdua kalau umpama buah pisang pasti dah  dilenyek -lenyek, begitu geramnya mereka terhadap temah dan samion tapi ditahan saja. Semakin menjadi-jadi lah tabiat buruk keduanya.
Ada pun mereka berdua anak tunggal dan disayangi orang tua mereka.Jawapnya apa yang diminta pasti dapat.
Pada suatu hari sisamion mempunyai keinginan nak membeli vespa atau motor dan pasal-pasal sitemah pun minta bapanya belikan juga..Puas di pujuk bapanya dan samion akhirnya temah mengalah ,Alasan kukuh siapa yang akan jadi pembonceng sisamion..Tersenyum lebar bapa sitemah.."selamat duit aku kali ni"


Sewaktu dalam dunia percintaan..semakin juling mata orang -orang kampung..kemana-mana sentiasa bersama..warna baju pun sama..tiba lah hari perkahwinan..lagi lah parahnya..apa saja semua mengikut selera mereka berdua...
Pelamin warna dan style yang sama ,serba serbi sama..ada pun keluarga temah dan samion  ni orang kaya dikampung bunga serai.Orang kampung selalu mengharap pertolongan mereka.Jadi terpaksa lah mereka akur apa saja acara yang diatur.Walau terpaksa berulang alik dari pelamin temah ke pelamin samion...


Selesai upacara persandingan dan tepung tawar keletihan lah para tetamu,Duduk bersandar bagai orang kemabukan todi semuanya..
"Pengumunan..sekarang upacara makan nasi temuan...ucap tuan rumah apa lagi sisamion pun nak diadakan upacara tersebut dirumahnya.
Terpaksa lah penduduk kampung mengikut saja.
Sewaktu makan nasi temuan sama sama lah mereka menyuap nasi kemulut pasangan..semuanya serentak..baik sewaktu di rumab temah atau pun dirumah samion ..Ada pun seakan menjadi satu kepercayaan pada mereka siapa yang terlebih cepat menyuap dia lah yang akan menang.
Mula lah si Samion berfikir."Kalau cam ni tiada yang menang tiada yang kalah..."Susah lah aku ni nanti...baru samion terfikir..tapi nasi dah menjadi bubur..terpaksa lah dia hidup bersama pilihan hatinya.


Disaat menempuh alam rumah tangga berbagai dugaan yang datang..setelah agak lama bersama mereka tidak dikurniakan anak.ada pun pada suatu hari samion bersama temah kekampong seberang..disana samion terlihat seorang perempuan .Siang malam terkenang apatah lagi dia tidak bertepuk sebelah tangan.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memperisterikannya.Semuanya tanpa pengetahuan temah..nampaknya kali ini tiada persamaan..


Hari pernikahan pun diatur oleh teman-teman samion diseberang..Dan awal subuh sisamion dah berangkat dan semuanya berjalan lancar..


"Ah senangnya hati aku"Bisik sisamion ketelinga pengapitnya..Pengapitnya hanya mengangguk angguk kan kepala... 
"Upacara menyarung cincin diadakan sebelum akad nikah'demikian diumumkan.."Lain padang lain belalang"bisik hati samion.
Tanpa usul periksa sisamion pun merapat seorang seorang perempuan yang duduk ditengah-tengah kelompok perempuan -perempuan yang lain.
Disaat pengantin perempuan menghulur jari manisnya..terhegeh-hegeh sisamion nak menatap wajah bakal isterinya..ditahan-tahannya senyum yang sengaja diatur-aturkan..alangkah terkejutnya  samion pengantin tersebut rupa-rupanya sitemah isterinya..


Lelaki yang macho sepertinya tidak mudah pengsan..walau pun perutnya kecut bukan kepalang..sempat dia bertanya."Kenapa temah kesini?..soalan paling bodoh yang terlepas dari mulutnya..
Selamba saja sitemah menjawap.."Kita kan ada persamaan.."
Terkejut lah sisamion kerana dilihatnya ada seorang lagi pengantin  perempuan disitu..Rupanya dia tersalah orang.Dan pengapit samion pulak tersipu-sipu memandang sitemah.


Tanpa berlengah dibawanya sitemah yang dicintainya pulang..dalam hatinya tak mungkin nak melepas sitemah dan membiarnya diambil orang.
Dan masa berlalu mengubati saat-saat yang memalukan..


Nampaknya kini mereka pun dah tua ,,masih seperti dulu duduk diberanda bersama-sama.kalau berkumat mulut samion berkumit lah mulut sitemah..
Jika sitemah mengelamun pasti sisamion pun termenung..
Mungkin sisamion berfikir..begini rupanya kehidupan orang yang banyak persamaannya.
Seperti dua badan satu rasa......