Wednesday 14 September 2011

SOLOK IKAN

SOLOK IKAN:

BAHAN-BAHANNYA:

5 EKOR IKAN KEMBUNG BESAR
1/2 BIJI KELAPA PARUT YANG PUTIH SAHAJA
MINYAK UNTUK MENGORENG
10 ULAS BAWANG MERAH
2 ULAS BAWANG PUTIH 
SEDIKIT HALIA
1 BIJI TELUR AYAM
GARAM SECUKUP RASA

CARA MEMBUATNYA.
1.IKAN DIBELAH DUA DAN BUANG TULANGNYA.BUAT CARA PERLAHAN DAN SABAR.

2.ASINGKAN ISI IKAN DARIPADA KULITNYA

3. TUMBUKKAN ISI IKAN YANG DICAMPURKAN DENGAN BAWANG KELAPA PUTIH YANG DIPARUT,TELUR ,GARAM DAN GULA HINGGA SEBATI.

4 .SUMBATKAN BAHAN TADI BALIK KEDALAM IKAN YANG TELAH DIKELUARKAN ISINYA DAN KEMUDIAN DIGORENG DENGAN API YANG PERLAHAN.

5. PASTIKAN MINYAK GORENG MENCUKUPI DAN DIPANAS TERLEBIH DAHULU DENGAN API YANG SEDERHANA.

SELAMAT MENCUBA..

AYAM HUINAN

AYAM HUINAN:

(PERINGATAN MASAKAN AYAM  INI SEDAP TAPI PASTIKAN GUNA BAHAN YANG DIHALALKAN DIPASARAN)

600 GM AYAM POTONG KECIL
150 GM CILI MERAH ATAU CILI HIJAU DIPOTONG KIUB
30 GM DAUN SELASIH50 GM BAWANG
1 LITER MINYAK MASAK 
300 GM ML STOK AYAM
20 ML SOS SOYA
SEDIKIT GARAM,LADA SULAH DAN GULA

CARA MEMASAK:
1. PANASKAN KUALI DISISI MINYAK MASAK DENGAN API SEDDERHANA.

2.GORANG AYAM DAN BAWANG SELAMA 4 MINIT

3. ANGKAT AYAM DAN LETAKKAN KEDALAM PENAPIS.TOSKAN MINYAK HINGGA KERING.

4.  PANAS KUALI DAN MASUKKAN STOK AYAM DAN MASUKKAN AYAM TADI DAN REBUS SEKETIKA. ATAU 4 MINIT.

5. MASUKKAN CILI MERAH,HIJAU DAN DAUN SELASIH.AKHIR MASUKKAN SERBUK PERASA.

6. PERLAHANKAN API BIAR MENDIDIH  SEHINGGA AGAK KERING BARU DITUTUP APINYA.

GULAI CIK BANDING

GULAI CIK BANDING

BAHAN BAHANNYA:
600 GM DAGING
I BIJI KELAPA PARUT

BAHAN UNTUK DIKISAR:
1 SUDU BESAR JINTAN MANIS(BIJI)
1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH (BIJI)
3 BIJI BUAH PELAGA
1 KUNTUM BUNGA CENGKIH
1 KUNTUM BUNGA CABAI
3 KUNTUM BUNGA LAWANG
1/4 BIJI BUAH PALA
3 KELOPAK BUNGA PALA
1 INCI HALIA KERING
1 INCI LENGKUAS
1 BATANG SERAI 
1 SUDU KETUMBAR
2 INCI KULIT KAYU MANIS
20 TANGKAI CILI KERING
20 ULAS BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU BESAR KERISIK

BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 ULAS BAWANG MERAH }
5 ULAS BAWANG PUTIH  }DIMAYANG SAJA
2 HIRIS HALIA                  }


2 BIJI KENTANG DIPOTONG EMPAT
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR DIPOTONG EMPAT MEMANJANG
ASAM JAWA GARAM DAN GULA UNTUK PERASA


CARA MEMASAKNYA:
1. DAGING DIPOTONG DADU DIBERSIHKAN


BAHAN YANG DIGORENG DIKISAR LUMAT


2.PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN YANG DIMAYANG HINGGA GARING
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR DAN TADI.


3. GORENG SEHINGGA KERING DAN BERMINYAK


DAGING KEMUDIANNYA DIGAULKAN DENGAN REMPAH YANG TELAH DITUMIS.BILA RATA MASUKKAN SANTAN DAN KERISIK.
MASAK HINGGA DAGING EMPUK DAN KUAH PEKAT DAN BERMINYAK


4. MASUKKAN ASAM JAWA GULA DAN GARAM SECUKUP RASA.
DIIKUTI KENTANG YANG DIREBUS TERLEBIH DAHULU DAN BAWANG BESAR YANG TELAH DIPOTONG.


MASAKAN INI PUN TAHAN DAN SEDAP


SELAMAT MENCUBA

KUZI AYAM SEDAP

KUZI AYAM:

 BAHAN BAHANNYA:
1 EKOR AYAM DI POTONG 12 BAHAGIAN
1/2 TIN SUSU CAIR
1 BOTOL SOS TOMATO
ITIN KECIL TOMATO PURI
200 GM KISMIS            }
200 GM BIJI GAJUS     } DIGORENG
80 GM REMPAH KUZI 
BAWANG MERAH         }DIMAYANG      BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH                                                       JUMLAH KESUKAAN ANDA
BAWANG PUTIH            }
MINYAK SAPI
MINYAK MASAK
GARAM
GULA
HALIA SECUKUP YANG DISUKA 

AMBIL SEBAHAGIAN BAWANG PUTIH BAWANG MARAH DAN HALIA  UNTUK DIKISAR

2 KUNTUM BUNGA LAWANG
4 KUNTUM BUNGA CENGKIH
2 BIJI PELAGA
I INCI KAYU MANIS  }JANGAN GUNA LEBIH SEBAB AKAN MENYEBABKAN RASA YANG PAHIT.

CARA MEMBUATNYA
1 AYAM YG SIAP DIPOTONG DAN BERSIH DIGORENG
PANASKAN MINYAK MASAK DAN SAPI UNTUK MENUMIS YANG DIMAYANG MASUK REMPAH BIAR KEKUNINGAN

KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN YANG DIKISAR,REMPAH KUZI,SOS TOMATO.TOMATO PURI,SUSU CAIR DAN SEDIKIT AIR

MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA DAN BIAR MENDIDIH HINGGA PEKAT

MASUKKAN AYAM GORENG DAN KACAU HINGGA SEBATI.TABURKAN KISMIS DAN BIJI GAJUS YANG DIGORENG SEBAGAI PENYERI.

MASAKAN INI TIDAK MUDAH BASI DAN TAHAN  INSYAALLAH.

SELAMAT MENCUBA

KEK DAMAL

Kek Damal  
Bahan-Bahan: 
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur

Cara : 
Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu.
Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.
Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah.
Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.

KEK DURIAN


Kek Durian  

Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur 
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila 
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara : 
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. 
Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. 
Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu. Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

KEK KUKUS HOLIDAY INN



Bahan-bahannya:   
10 biji telur  

16 oz mentega  
1 tin susu manis  
1 tin kecil milo  
1 botol kecil holick  
2 gelas gula halus -  (boleh kurangkan gula)  
2 gelas tepung roti marie - (roti diblend)  
1 sudu teh esen vanilla 

Cara :  
1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. 
2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. 
3. Masukkan susu, vanilla, tepung roti dan gaul hingga sebati. 
4. Adunan ini dibahagi
2. Satu bahagian dicampurkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan holick dan warna kuning. 
5. Kukus 4 senduk adunan milo hingga masak. Kemudian masukkan adunan hoilick. Kukus berselang seli sampai adunan habis.

KEK COKLAT URAI



Bahan-Bahan: 
200 g tepung beserbuk penaik diayak 
Secubit garam bersama
200 g marjerin lembut
200 g gula kastor 4 biji telur ayama
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh esen vanila
60 g coklat urai (chocolate rice)

Cara : 
Satukan kesemua bahan kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Masukkan coklat urai. Tuangkan adunan terus ke dalam tin pembakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15-20 minit.

KEK KUKUS MATA KUCING



KEK COKLAT LEMBAB

KEK COKLAT LEMBAB
BAHAN A;

1 CAWAN AIR 
1 CAWAN COKLAT KOKO VAN HOUTAN 
1/2 CAWAN GULA HANGUS


BAHAN B.
250GM BUTTER CUP TAPI TUKAR KE BUTTER YANG HALAL YA
6 BIJI TELUR 

1 SUDU VANILLA
2 CAWAN GULA HALUS



2CAWAN TEPUNG KEK

CARANYA;






1.BAHAN A DISATUKAN DIDALAM PERIUK
2.PANASKAN DENGAN API YANG PERLAHAN   
3.KACAU HINGGA LIKAT 
4. BIARKAN SEKETIKA 
 



BAHAN B.
1.PUKUL BUTTER DENGAN GULA HINGGA KEMBANG2.MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL  
3.MASUKKAN ESEN VANILA 
4. MASUKKAN TEPUNG KEK BERSELANG SELI DENGAN BAHAN A TADI5.KACAU HINGGA SEKATA 
6.MASUKKAN KEDALAM LOYANG DAN BAKARKAN DENGAN API YANG SEDERHANA
   

RESEPI LAKSA SARAWAK


Resepi Laksa sarawak

Bahan-bahan:

2 sudu makan minyak untuk menumis
1 liter air
2 sdm serbuk kari
1 sdt garam
600 g mi kuning, celur dan toskan
6 keping otak-otak, hiris nipis
5 keping tahu putih, goreng, potong dadu 2 cm
150 g taugeh, bersihkan, celur
3 butir telur ayam, buat dadar, hiris nipis
200 g dada ayam, rebus, hiris nipis

Bahan untuk dikisar:

8 tangkai lada merah
10 biji bawang merah
1 batang serai
2 cm lengkuas
½ cm kunyit
½ sdt belacan, goreng

Sambal, kisar:

10 tangkai cili api merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sdm udang kering
½ sdt garam
½ sdt gula pasir

Pelengkap:

Bawang goreng
1 biji limau nipis


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Tuang air, serbuk kari dan garam. Masak hingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan mi, otak-otak, tahu, taugeh, telur dadar dan hirisan ayam dalam mangkuk. Tuang kuah hingga penuh. Sajikan dengan pelengkapnya.


Tuesday 13 September 2011



Bahan2:
2 keping ikan tenggiri (kalo yg fresh lagi bagusss!!!)
1 biji bwg merah
3 btg cili padi
1 biji limau nipis (amik jus)
1 biji lemon (amik jus)
1 sudu kecil cuka
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Gula & Garam secukup rasa..


Cara2:
Bersihkan ikan tenggiri..hiris halus..buang kulit bersih2. Lepas tu, perap dgn jus limau nipis, lemon & cuka ( amik separuh dr portion jus yg diperah tadi).Aku perap 1/2 jam jer.Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi kaler putih & tidak hanyir..itu maknanyer ikan tu dah kena air asam...lebih kurang dah masak laaa....toskan...kalo x puas hati still takut ikan tu hanyir, bilas dgn jus2 limau tu td sampai xder bau...

Tumbuk bwg merah dgn cili padi. Mayang halus bwg besar & cili merah. Gaulkan bahan tumbuk, bwg besar & cili hidup & ikan yg sudah diperap tadi.Kemudian, tuang belen jus & cuka tadi.Perisakan dgn gula dan garam. Gaul sehingga rata.

KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis

Bahan A:
300 gm mentega
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum - ayak bersama 1 sudu kecil baking powder
Bahan B:
10 biji telor
100 gm gula castor
Bahan C:
1/2 sudu kecil pewarna hijar, ungu, kuning dan merah jambu
1/2 sudu kecil pes coklat
Haw Flakes (Buah Asam Manis)

Cara Menyediakan:
Pukulmentega sampai kembang.  Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepong.  Putar adunan hingga sebai.
didalam bekas yang lain, pukul telor hingga ringan dan kembang.  Tambahkan gula sedikit demi sedikit.  Pukul hingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim.  Pukul lebih kurang 15 minit.  Masukkan adunan telur kedalam adunan tepung tadi.  Satukan adunan.
Bahagikan adunan kepada enam (6) bahagian, warna asal, hijau, merah jambu, ungu, coklat dan kuning.  Gunakan acuan segi empat ukuran 8 x 8in.  Kukus setiap adunan, susunkan haw flakes dan pastikan setiap adunan betul2 masak sebelum melapis adunan lain.
Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.

KEK COKLAT KUKUS



Bahan-bahan:

1 ¼ cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh Baking powder

1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara Penyediaan:


Panaskan kukusan.


Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.


Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.


Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.


Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.


Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


KEK HATI PARI




Kek Hati Pari adalah salah satu kek tradisional Sarawak yang lazat. Bahan-bahannya mudah tetapi penyediaannya makan masa.

Bahan-bahan:
9 gelas tepung gandum
3 sdt soda bikarbonat
600 g kismis hitam
16 oz mentega
½ tin susu pekat manis
6 biji telur gred A
4 biji kuning telur gred A
8 sb gula hitam/brown sugar
4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara Penyediaan:

Panaskan pengukus. Gris loyang kek 9” dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.


Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.


Hiris halus atau tumbuk kismis hitam. Ambil segelas tepung gandum yang telah diayak dan gaul bersama kismis. Ketepikan.


Masukkan mentega dan susu ke dalam mangkuk adunan, putar sehingga putih. Ketepikan.


Masukkan telur, kuning telur dan gula ke dalam mangkuk adunan lain, putar hingga kembang dan berkrim.


Satukan kedua-dua adunan yang telah diputar dan putar bersama sehingga sebati.


Masukkan baki tepung (8 gelas) ke dalam adunan yang telah sebati dan gaul hingga mesra.


Masukkan gula hitam/brown sugar dan gaul lagi hingga sebati.


Akhir sekali, masukkan kismis yang telahh digaul tepung dan gaul lagi hingga rata.


Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah digris dan tutup kemas dgn kerajang aluminium (untuk elakkan air kukusan masuk ke dalam kek).

Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 8 jam dengan api sederhana.

Periksa pengukus setiap sejam. Tambahkan air panas/air suam pada kukusan jika air berkurangan.


Untuk kek tahan lebih lama, bakar kek selama 10-15 minit pada suhu 170C.


Sejukkan kek sebelum dihidangkan.

Monday 12 September 2011

KEK LAPIS KEJU HALAL


KEK LAPIS KEJU

Bahan:
A
25 biji kuning telur
5 biji putih telur
230 gram gula halus
100 gram tepung hong kong
1 camca ovelette

B
400 gram mentega
140 gram krim keju (cream cheese spread)
3 camca susu pekat manis
3 camca sirap kencana (golden syrup)
1 camca teh garam

Cara Menyediakan:

1. Pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Satukan adunan A dan B. Gaul sebati.
4. Sediakan acuan 8 1/2" X 8 1/2" X 4 ". Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam acuan. Ratakan dan bakar di atas gril di dalam ketuhar bersuhu 250 darjah Celsius selama 3 minit.
5. Ambil 1 senduk lagi adunan dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan dan bakar.
6. Ulangi Langkah 4 dan 5 hingga habis.
7. Angkat dan biarkan kek sejuk di dalam acuan.

EGG TART


FRUITY EGG TART

BAHAN-BAHANNYA;
550 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
100 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam


Cara :
Mentega, pastry margarine dan gula icing dipukul sebentar hingga rata.
Masukkan pula telur, garam dan esen vanilla. Kacau hingga rata.
Kemudian, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya.
Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett.
Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya di dalam oven bersuhu 180 darjah Celsius.
Bakar sehingga separuh masak selama kira-kira 20 minit. Sesudah itu, keluarkan dari oven dan bubuh isian (filling) ke dalamnya.
Bakar semula egg tart ini di dalam oven selama kira-kira 15 - 20 minit lagi atau sehingga bahan isian telurnya masak. Sejukkan sebentar sebelum dihias dgn buah2an.


Bahan-Bahan Isian (filling) :
200 ml air
125g Gula
5 biji telur (asiz sederhana)
150g susu cair (sejat)


Cara :
Larutkan gula kedalam air. (Kalau menggunakan air suam, biarkan ia sejuk dahulu)
Kemudian, masukkan telur dan susu cair ke dalam bahan air/gula tadi.
Pukul kesemua bahan ini sebentar hingga sebati lalu ditapis. Siap utk digunakan.


Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, apricot, strawberry, blueberry, raspberry, dll. mengikut citarasa anda.


Cara Menghias Fruity Egg Tart
Setelah egg tart anda sejuk, susunlah buah2an pilihan anda di permukaannya mengikut kreativiti anda sendiri. Kalau suka, bolehlah kilatkan (glaze) buah2an tersebut dgn apricot glaze.


Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau
2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Catatan:
Proses membakar pastri seperti egg tart/ fruit tart/quiche atau fruit flan ini disebut sebagai “blind bake” di mana adunan yg dah diterap ke dalam acuan tartlet, dibakar tanpa isian(filling). Selalunya kalau kita menggunakan acuan yg agak besar, anda harus alaskan aduan yg dah diterapkan dlm acuan tu dgn aluminium foil dan dibubuh bahan kekacang seperti kacang hijau, merah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya dasar (base) pastri tidak akan menggelembung dan mengekalkan bentuk acuan yg digunakan dgn baik. Tapi utk resipi fruity egg tart ni, saya cucuk2kan dasar pastri ni dgn garfu dan ambil sekeping aluminium kecil dan bubuh ke dalam setiap acuan pastri lalu ditekan2kan sedikit. Memadailah dgn cara begini
.


KEK LAPIS EVERGREEN




Bahan- bahan dan cara untuk membuat kek lapis Sarawak adalah mudah tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi, sabar jangan tak sabar tau :)



bahan :

200gm horlicks

170gm tepung Hong Kong
60ml (1 botol besar) pasta pandan
1 sudu teh vanilla

Adunan A :

450gm Mentega
505gm (1 tin) susu pekat manis
100gm serbuk santan

Adunan B :

10 biji telur gred A
450gm gula halus
1 sudu makan ovalette

Cara penyediaan :

- Adunan A -

Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
Masukkan serbuk santan dan pukul lagi hingga sebati.

- Adunan B -

Dalam bekas lain, pukul telur (masukkan telur satu-persatu) dan gula hingga kembang.
Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang.

Satukan Adunan A dan B, kacau hingga adunan mesra.

Masukkan tepung Hong Kong, Horlicks, pandan paste, dan vanilla. Kacau hingga betul - betul mesra.
Sedia untuk dibakar.

Cara membakar kek lapis Sarawak :

Guna loyang 8" x 8". Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas hingga warna adunan menjadi agak kecoklatan. Ulang langkah hingga adunan habis.
setelah selesai, bakar dengan menggunakan api bawah selama 10 minit.

Boleh juga jika mahu kukus.

Guna loyang 8" x 8".
Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan. Tutup Loyang dengan kerajang aluminium untuk mengelakkan air kukusan jatuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang tersebut ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10 minit.
Ulangi langkah ini hingga adunan habis.

Sedia untuk dihidangkan.

KEK SISIK IKAN

 Nota: Loyang 4x4

Bahan2:
225g mentega
95g gula halus
5 biji telur Gred A
150g biskut marie - kisar halus (aku guna Rich Tea Biscuit)
1/2 tin kecil condensed milk
45g horlick (resepi asal kena bubuh serikaya)
1/2 camca teh esen vanilla
1 bungkus hawflakes (10 gulung)
Pewarna hijau

Cara2:

Lengser tin dgn butter.Panaskan oven guna api grill.

Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi hingga rata. Kemudian, masukkan serbuk horlick & susu pekat manis.Putar rata.Masukkan biskut marie yg sudah dikisar tadi.Tuang esen vanila.Apabila sudah sebati,bahagikan kepada 2. Aku buh kaler hijau & natural jer. Pesan pakar kek, kek lapis sisik ikan xyah kaler maler sgt, sbb nanti sisik dia x nampak.

OK...acara melapis pulak.Bubuh 4 sudu adunan dimulai dgn kaler natural. Bakr dlm 7 minit atau sehingga bhgn atas kelihatan perang. Kemudian, bubuh lagi 4 sudu kaler hijau pulak. Teruskan melapis sehingga lapisan ke 4.Bila lapisan ke 4 sudah masak, amik sekeping hawflakes tu, cucuk serong kedlm kek. Skill ni aku belom obtain sbb aku cucuk pun x sekata. Bantai jer laa...Kemudian teruskan melapis sehingga lapisan ke 4 lagi...dan cucukkan lagi hawflakes tu. Kek ni aku buat dpt 3 kali cucuk hawflakes.

So, camtu lah rupa kek aku..komen pada tekstur..emm...agak manis pada aku & asben walau aku dah kurangkan kuantiti gula.Itu aku tak buh serikaya, kalo x...x dpt kubygkan! Tapi, sedap u...lemak..sbb lemak biskut tu kot..pada aku..melt in ur mouth! Cubalah....

KEK CHEESE LAPIS WATERMELON



Ingredients
Bahan A
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)

400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips
Directions
Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method  ya.

Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P

1.  Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit

2.  Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis.  Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.

3.  Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit.  Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.

4.  Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.

5.  Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah.

6.  Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).

7.  Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu..
sele
8.  Bakar sehingga selesai


KEK LAPIS POLKADOT SAGU

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette

Bahan B
480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat
perasa pandan dan coklat

Cara Membuat:
1) Pukul semua Bahan A hingga kembang dan masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati

2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.

3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.

Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.
Catatan saya;
Saya telah mencuba dengan cara demikian dan nampaknya kek ini elok sedap dan cantik.

KEK GULA HANGUS




Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.


Tuesday 6 September 2011

JAWAPAN SIBIJAK PANDAI

Abu Faraj menceritakan bahawa pada suatu hari Abu Ishak sedang duduk-duduk,tiba-tiba datang beberapa orang sahabatnya mengajak pergi..

'Wahai Abu Ishak,marilah marilah kita keluar berjalan-jalan bersama kami untuk melihat-lihat bangunan-bangunan kuno dan berziarah keperkuburan para syuhada .Nampaknya hari ini sangat cerah dan baik.: kata mereka.
'Hari ini hari Rabu ,aku tidak berpergian dari rumah ku." kata Abu Ishak.
"Ala..apa yang dikhuatirkan tentang hari Rabu ,bukankah Nabi Allah Yunus dilahirkan pada hari tersebut? kata mereka memperli.
'Wallah,demi bapa dan ibuku.Beliau Nabi Yunus telah ditelah oleh ikan yu."kata Abu Ishak.
"Kalau itu yang engkau jadikan pegangan,bukankah Rasulullah saw telah mendapatkan kemenangan dalam perang Ahzab ada hari Rabu.?"
"Masya Allah,betul,betapa kacau bilaunya pandangan pada hari itu,setiap hati gundah dan sesak sehingga menyumbat tenggorokan."kata Abu Ishak membuat teman-temannya terpinga-pinga..

'Perhatikan lah apa kah maksud tersirat dari cerita tersebut..