Tuesday 13 September 2011



Bahan2:
2 keping ikan tenggiri (kalo yg fresh lagi bagusss!!!)
1 biji bwg merah
3 btg cili padi
1 biji limau nipis (amik jus)
1 biji lemon (amik jus)
1 sudu kecil cuka
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Gula & Garam secukup rasa..


Cara2:
Bersihkan ikan tenggiri..hiris halus..buang kulit bersih2. Lepas tu, perap dgn jus limau nipis, lemon & cuka ( amik separuh dr portion jus yg diperah tadi).Aku perap 1/2 jam jer.Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi kaler putih & tidak hanyir..itu maknanyer ikan tu dah kena air asam...lebih kurang dah masak laaa....toskan...kalo x puas hati still takut ikan tu hanyir, bilas dgn jus2 limau tu td sampai xder bau...

Tumbuk bwg merah dgn cili padi. Mayang halus bwg besar & cili merah. Gaulkan bahan tumbuk, bwg besar & cili hidup & ikan yg sudah diperap tadi.Kemudian, tuang belen jus & cuka tadi.Perisakan dgn gula dan garam. Gaul sehingga rata.

KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis

Bahan A:
300 gm mentega
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum - ayak bersama 1 sudu kecil baking powder
Bahan B:
10 biji telor
100 gm gula castor
Bahan C:
1/2 sudu kecil pewarna hijar, ungu, kuning dan merah jambu
1/2 sudu kecil pes coklat
Haw Flakes (Buah Asam Manis)

Cara Menyediakan:
Pukulmentega sampai kembang.  Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepong.  Putar adunan hingga sebai.
didalam bekas yang lain, pukul telor hingga ringan dan kembang.  Tambahkan gula sedikit demi sedikit.  Pukul hingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim.  Pukul lebih kurang 15 minit.  Masukkan adunan telur kedalam adunan tepung tadi.  Satukan adunan.
Bahagikan adunan kepada enam (6) bahagian, warna asal, hijau, merah jambu, ungu, coklat dan kuning.  Gunakan acuan segi empat ukuran 8 x 8in.  Kukus setiap adunan, susunkan haw flakes dan pastikan setiap adunan betul2 masak sebelum melapis adunan lain.
Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.

KEK COKLAT KUKUS



Bahan-bahan:

1 ¼ cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh Baking powder

1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara Penyediaan:


Panaskan kukusan.


Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.


Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.


Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.


Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.


Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


KEK HATI PARI




Kek Hati Pari adalah salah satu kek tradisional Sarawak yang lazat. Bahan-bahannya mudah tetapi penyediaannya makan masa.

Bahan-bahan:
9 gelas tepung gandum
3 sdt soda bikarbonat
600 g kismis hitam
16 oz mentega
½ tin susu pekat manis
6 biji telur gred A
4 biji kuning telur gred A
8 sb gula hitam/brown sugar
4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara Penyediaan:

Panaskan pengukus. Gris loyang kek 9” dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.


Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.


Hiris halus atau tumbuk kismis hitam. Ambil segelas tepung gandum yang telah diayak dan gaul bersama kismis. Ketepikan.


Masukkan mentega dan susu ke dalam mangkuk adunan, putar sehingga putih. Ketepikan.


Masukkan telur, kuning telur dan gula ke dalam mangkuk adunan lain, putar hingga kembang dan berkrim.


Satukan kedua-dua adunan yang telah diputar dan putar bersama sehingga sebati.


Masukkan baki tepung (8 gelas) ke dalam adunan yang telah sebati dan gaul hingga mesra.


Masukkan gula hitam/brown sugar dan gaul lagi hingga sebati.


Akhir sekali, masukkan kismis yang telahh digaul tepung dan gaul lagi hingga rata.


Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah digris dan tutup kemas dgn kerajang aluminium (untuk elakkan air kukusan masuk ke dalam kek).

Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 8 jam dengan api sederhana.

Periksa pengukus setiap sejam. Tambahkan air panas/air suam pada kukusan jika air berkurangan.


Untuk kek tahan lebih lama, bakar kek selama 10-15 minit pada suhu 170C.


Sejukkan kek sebelum dihidangkan.