Tuesday 16 August 2011

HANTU JURURAWAT


Kenapa pulak hantu jururawat,sebabnya ni lah kali ketiga aku melihat hantu dan hantu tu datang dan naik kerumah  bersama nenek lelaki ku.Dan nenek lelaki ku tu bertugas sebagai operator kat Hospital Miri.Tak heran lah kalau -kalau hantu jururawat tu minat kat nenek ku ni pulak.


Aku rasa hari tu hujan panas dan menjadi kebiasaan aku akan menunggu nenek lelaki ku balik dari kerja,Biasanya waktu kerjanya mengikut syif dan hari tu nenek balik dalam pukul tiga petang.Aku ,nenek perempuan dan mak su duduk kat beranda dan dari jauh aku nampak kelibat nenek lelaki ku datang.Nenek lelaki ku biasanya mengayuh basikal tapi pada hari tu dia cuma menyorongnya dan disebelah nenek lelaki ku ada dua orang jururawat yang seorang membawa baju yang digantung pada penyangkut dan seorang pulak membawa bakul.
Macam biasa aku katakan pada nenek perempuan dan mak su..nenek datang lah dan ada dua orang bersama nenek.Mak su ku marah .".eh apa lah..kan nenek seorang tu.Aku tidak menghirau kata-kata mak su ku dan ketika itu nenek lelaki ku dan sampai di hadapan anak tangga pertama.Nenek naik dan dua orang jururawat tu pun ikut,tapi nenek lelaki ku tak pulak memperkenalkan mereka pada nenek..dan suasana ketika tu sunyi sedikit.
Mak su mengambil beg nenek lelaki ku dan terus masuk ke dalam..entah apa yang yang dicakap kedua nenek ku tiba tiba saja keduanya bertengkar dan aku kehairan..bukan lah sekejap berjam-jam tapi dua orang jururawat tu macam tak kisah je..aku yang naik bingung.Mak su ku pulak menghidang air cuma secawan dan aku asyik memperhati kedua jururawat tu dan keduanya asyik tersenyum dan aku rasa mereka memang tak berkata walau sepatah pun.
Pada aku waktu tu kedua jururawat tu memang tetamu yang datang bersama nenek hanya bila aku semakin dewasa baru lah aku menyedari keduanya bukan manusia biasa..
Mungkin keduanya hantu atau lebih patut digelar syaitan dan faham lah kita kenapa Rasulullah memesan agar kita membaca Surah Al-Ikhlas atau pun Ayatul-kursi dan memberi salam sebelum masuk kedalam rumah.
Kerana syaitan itu akan ikut bersama kita dan mungkin itu lah sebab-sebabnya tanpa kita duga tiba-tiba terjadi pertengkaran didalam rumah kita..