Sunday 21 August 2011

HANTU AIR

Menjadi kebiasaan diwaktu petang aku dan nenek perempuanku akan duduk dijetty sambil nenek ku membuang daun kelapa dari lidinya untuk dibuat penyapu..
Kalau kami tak kepantai berarti dijetty lah tempat kami.Pulau Melayu tempatnya indah sekali..sunyi dan jauh dari segala kesibukan.
Biasanya kalau duduk dijetty,,sesiapa yang nak datang kerumah nenek dengan mendayung perahu akan mengikat perahunya dihujung jetty.
Kebiasaannya kalau mak tidak memakai kenderaan bersama bapa dia akan menumpang orang untuk menghantarnya kerumah nenek..Selalunya mak akan datang waktu pagi .


Tapi hari tu aku dan nenek terdengar seakan-akan bunyi perahu didayung mendekati hujung jetty..yang peliknya tiada sebuah pun perahu pun yang kelihatan..Kami berdua berdiam dan kehairan..Tunggu punya tunggu tak juga ada kelibat yang nampak.
Tapi kami buat tak acuh je dah meneruskan kerja,kemudian terdengar lagi seperti orang mengikat rantai besi..betul betul di hujung jetty yang kebetulan tidak jauh dari tempat duduk kami berdua..


 Aku terus bertanya..nek ada orang datang tapi tak nampak..jangan-jangan hantu kan..nenek membesarkan mata..mengisyarat agar aku diam.
Rasa takut dah mula datang,ku lihat muka nenek dah semacam..kami bergerak sedikit dan kalau aku memang nak cabut dan pecut lari tapi tak kan nak tinggal kan nenek seorang diri.
Perlahan nenek bangkit dari tempat duduknya dan mengisyaratkan kepala agar aku mula bergerak balik kerumah..baru saja aku nak melangkah kami dikejutkan dengan bunyi derap kaki yang kuat menaiki tangga jetty..
Rasa takut yang dah melampau aku pun menarik nenek dan terus berlari..


Kami berdua berlari dengan laju sekali terus naik kerumah dan menutup pintu dan jendela dan mak su ku kehairan tapi dia seakan faham dan cuma mendiamkan diri.
Dan kami bertiga sempat lah mengintip dari lubang dinding dibahagian dapur yang kebetulan tempat nenek mengisar biji koko..tak ada kelibat orang cuma kedengaran bunyi derap kaki dan jembatan bergoyang..
Selepas peristiwa itu jarang sekali aku dan nenek duduk dijetty diwaktu petang .Nampaknya disitu juga ada lah laluan mereka dan mereka mahkluk yang telus disekeliling kita.

KUCING PARSI

Menanti hari yang ditunggu-tunggu tak semestinya menjanjikan suatu kebaikan andai kita sendiri menantinya dalam keadaan yang leka..Mungkin kita dah terlepas saatnya dan gagal dalam ujian yang Allah berikan.Tetap saja  bercakap itu lebih mudah dari nak melakukannya.

20-ogos berarti 20 ramadan dan aku benar tidak sedar yang diri ku diuji Allah.Aku mengajak suamiku ke rumah kakak ku.ketika aku hendak menutup pagar rumah,ternampak lah seekor kucing parsi yang berwarna hitam terhendap hendap ditepi tembok diluar pagar.Ketika itu suami ku menunggu didalam kereta.Aku pulak tiba-tiba saja berfikir..eh cantiknya walau bulunya kotor dan aku terus berniat nak mengambilnya,lantas aku tak jadi mengunci pagar tapi kucing tu cepat sekali melarikan diri,,aku mencari-carinya hanya dengan melangkah berapa tapak tapi aku heran kucing tu tak ada pulak kat tembok sebelah,hati ku seakan diarah tengok kat seberang jalan dibahagian belakang..terkejutnya aku melihat kucing tu mengelupur kesakitan kerana dilanggar kereta..
Kucing tu sempat memerhati ku dalam sakitnya dan kerana dia berlumuran darah aku masih mencari plastic untuk mengalih tubuhnya ketepi jalan,kemudianaku minta pertolongan seorang budak lelaki untuk mengangkatnya dan meletakkannya ditepi jalan.
Kemudian aku memberitahu lelaki yang melanggarnya supaya mengubur kucing tu nanti sebab ketika tu dia belum mati..lelaki tu mengangguk kepala.

Selepas solat tarawih aku teringat balik kat kucing tu,dah dikubur kah belum..aku minta izin suami keluar sekejap dan nampak kucing tu masih disitu tapi dah mati.
Aku bertanya  kat jiran didepan ku dan dia memberitahu ku siapa tuan kucing ku.Ku usahakan  dan kebetulan pagar dan pintu rumah mereka masih terbuka.setelah ku beritahu keadaan kucing tu mulanya mereka tak mengaku sebagai tuannya tapi kemudian anak perempuannya memberitahu yang mereka telah mendapat baka kucing  parsi tu dan mengatakan kucing tu memang tak bertuan,biasa lah dikawasan kami kebanyakan penduduknya dari luar negara yang kebanyakannya dari nigeria)  dan akhir mereka pun mengambilnya untuk dikebumikan.

Setelah selesai,aku yang duduk berfikir dan berfikir..aku ingin mengambil kucing tu kerana kelihatan comel..kalau tak comel tak mungkin aku peduli..mulanya aku berniat nak mengubur kucing tu tapi hati ku takut nak mengangkatnya dan ku berharap lebih baik tuannya dicari dan menguburnya..
Nampaknya bukan mudah kita nak menjadi seorang yang ikhlas tanpa kita sedari kita sentiasa mempunyai kepentingan diri yang tinggi..mudah-mudahan Allah mengampuni aku..