Tuesday 23 August 2011

RUMAH DIATAS BUKIT

Kalau diimbas kembali perjalanan hidup ku bagaikan satu perjalanan yang agak sukar untuk difahami.
Aku pernah tinggal disebuah pulau yang dikanannya lautan yang luas dan disebelah kirinya sungai yang lebar..bila aku tinggal bersama emak ku terpaksa pula diatas bukit yang tinggi.
Bapa ku membeli rumah tersebut dari kawannya mungkin ketika itu bapa baru bersara dari syarikat marine dan bapa ku telah membeli kapal ikan yang besar untuk memulakan perniagaan tapi kecundang ditengah jalan.Kerana masaalah tersebut terpaksa bapa membeli rumah yang agak murah dan terletak pula dibukit yang tinggi.


Untuk sampai keatas bukit bukannya senang,terpaksa mendaki bukit yang tinggi dan memakan masa hampir satu jam setengah..lain pulak kalau turun terasa seronoknya sebab bukit tu menjunam tentu lah cepat sampai kebawah.
Rumah kami terletak disebelah kanan bukit menghadap matahari terbenam.Seperti sudah diatur walau aku tidak lagi tinggal dipulau melayu tetapi dari kejauhan pulau itu masih nampak didepan mata kami kerana rumah kami menghadap kelaut.Dari situ hampir sebahagian bandar Miri kelihatan dan baik diwaktu siang apatah lagi diwaktu malam sungguh indah sekali permandangannya..Didepan rumah kami hampir setiap hujung minggu pasti ada saja pelancung berkumpul baik dari luar negara atau dari bahagian sarawak sendiri..
Itulah kelebihannya tapi bagi ku tinggal disitu begitu menyusahkan,bukan aku sahaja yang berfikiran begitu tapi keseluruhan ahli keluarga ku.


Boleh dikatakan tempat tu langsung tiada kemudahan..kalau dikatakan tempat jin bertendang disitu lah tempatnya,kalau nak dikata berpuaka pun benar juga dan tempat yang memberhaya pun boleh juga..
Terkenang mak yang dah biasa tinggal dibandar tiba-tiba terpaksa tinggal pula dibukit berpuaka tentu lah menyedihkan tiap malam abang-abang ku akan memasang radio dan lagu yang sering kedengaran tentu lah lagu berirama keroncong..Hingga hari ini aku rasa bagai nak menan;gis bila mendengar irama keroncong..sungguh mengharukan.


Rumah kami terletak ditengah kampung dan jauh sekali dari rumah jiran-jiran yang berada dihujung atau didepan kampung..dan bila malam suasananya gelap ditambah dengan hutan dan pohon yang besar.Tidak jauh dari rumah kami ada sebuah pondok usang dan kadang kala ada seorang perempuan tuan menginap disitu..Orang kampung selalu mengatakan mereka adalah pengamal ilmu hitam..


Tentang mengamal ilmu hitam kalau dikampung itu bukannya rahsia lagi.Kerana tiada berpendidikan agama kebanyakan orang-orang tuanya ada membela..Menjadi kebanggaan mereka memiliki ilmu tersebut.
Walau pun kami orang baru disitu tapi mereka jarang menganggu kerana  menjadi tradisi mereka tidak akan menganggu orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka..tapi kami sekeluarga sentiasa berhati-hati dan ada pula dianatara mereka yang baik hati akan memberitahu emak mana-mana dari keluarga mereka yang perlu dihindari atau hendaklah sentiasa bermanis muka bila bertemu dimana-mana.
Tapi tidak kesemuanya senang hati dengan kehadiran kami kerana ketika itu hanya kami orang luar sedang yang lain ada talian diantara satu dengan yang lain..Bermula kehidupan kami yang penuh misteri dibukit itu..



CAWAN-CAWAN KECIL


Rasanya aku masih ingat ditahun pertama aku dalam darjah satu aku masih lagi tinggal bersama nenek ku.Nenek perempuan ku bukan orang Sarawak jadi bahasa yang digunakan agak lain dari orang Sarawak,ayah mak su ku pula berbangsa hokkien dari singapura tapi keluarganya kebanyakan menganut ugama Islam dan ayah ibu ku pula bukan orang Sarawak dan mereka terpisah sejak perang dunia kedua.

Bahasa yang selalu nenek ku gunakan lebih cenderung kepada bahasa yang digunakan oleh orang-orang dari singapura.Kadang-kadang aku agak keliru kerana mereka asyik bertukar bahasa dalam percakapan antara emak,nenek,mak su dan nenek lelaki.Dan bila bersembang dengan jiran-jiran mereka menggunakan bahasa sarawak.

Sebenarnya aku seronok tinggal bersama nenek dan sehingga hari ini aku masih teringat kenangan yang paling aku suka ialah ketika menuruni tangga jetty,masuk kedalam perahu,kemudian mendayung perahu,walau pun aku takut setiap kali melihat sungai atau lautan tapi aku suka mendayung perahu dan keseronokannya sukar nak dijelaskan. Sepekara lagi yang sukar ku lupakan bila nak kesekolah selepas menyeberang sungai kami akan melalui perkuburan cina.Kerana disitu banyak sekali khazanah yang terbiar.

Setiap hari melaluinya aku terpikat sangat kat cawan-cawan kecil yang berada diperkuburan cina.Mana-mana cawan yang dibiarkan kat tepi kuburan jawapnya  pasti ku bawa pulang menjadi koleksi dirumah mainan ku..Tiada siapa pun tahu begitu banyak nya cawan-cawan yang terkumpul.Nenek selalu berpesan agar tidak membawa pulang cawan-cawan yang dibuang itu tapi aku bawa juga..Pada suatu hari kakak ku tidur dirumah nenek dan ketika bermain bersama ku dia ternampak cawan-cawan tersebut..aku tidak menyangka kakak ku akan membawa gelas-gelas tu naik kerumah dan dibersih bersama pinggan nenek yang lain..kemudian nak digunakan pula macam cawan yang lain,apalagi bila nenek ku ternampak,,seharian aku dimarahinya dan akhirnya pak su ku menghantar balikcawan-cawan  tu ketempat asalnya..
Namun sempat aku menyelamat mana mana yang tidak dijumpai nenek tapi ketika nenek balik kebandar kucing Sarawak aku tidak sempat membawa cawan-cawan yang ku tanam balik kerumah mak.  Hingga kini aku masih ingat bagaimana rupa cawan-cawan tersebut dan dimana aku menanamnya..Cuma aku tidak pernah kesitu sehingga kehari ini.Agaknya tanah tersebut dah dijual dan rumah tu tentunya dah  diroboh oleh tuan punya tanah yang baru.Dan semua kenangan indah dirumah tersebut masih terpahat dihatiku dan adakala aku merasa sedih bila teringat suasana di rumah nenekku..