Monday 12 September 2011

KEK LAPIS KEJU HALAL


KEK LAPIS KEJU

Bahan:
A
25 biji kuning telur
5 biji putih telur
230 gram gula halus
100 gram tepung hong kong
1 camca ovelette

B
400 gram mentega
140 gram krim keju (cream cheese spread)
3 camca susu pekat manis
3 camca sirap kencana (golden syrup)
1 camca teh garam

Cara Menyediakan:

1. Pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Satukan adunan A dan B. Gaul sebati.
4. Sediakan acuan 8 1/2" X 8 1/2" X 4 ". Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam acuan. Ratakan dan bakar di atas gril di dalam ketuhar bersuhu 250 darjah Celsius selama 3 minit.
5. Ambil 1 senduk lagi adunan dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan dan bakar.
6. Ulangi Langkah 4 dan 5 hingga habis.
7. Angkat dan biarkan kek sejuk di dalam acuan.

EGG TART


FRUITY EGG TART

BAHAN-BAHANNYA;
550 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
100 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam


Cara :
Mentega, pastry margarine dan gula icing dipukul sebentar hingga rata.
Masukkan pula telur, garam dan esen vanilla. Kacau hingga rata.
Kemudian, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya.
Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett.
Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya di dalam oven bersuhu 180 darjah Celsius.
Bakar sehingga separuh masak selama kira-kira 20 minit. Sesudah itu, keluarkan dari oven dan bubuh isian (filling) ke dalamnya.
Bakar semula egg tart ini di dalam oven selama kira-kira 15 - 20 minit lagi atau sehingga bahan isian telurnya masak. Sejukkan sebentar sebelum dihias dgn buah2an.


Bahan-Bahan Isian (filling) :
200 ml air
125g Gula
5 biji telur (asiz sederhana)
150g susu cair (sejat)


Cara :
Larutkan gula kedalam air. (Kalau menggunakan air suam, biarkan ia sejuk dahulu)
Kemudian, masukkan telur dan susu cair ke dalam bahan air/gula tadi.
Pukul kesemua bahan ini sebentar hingga sebati lalu ditapis. Siap utk digunakan.


Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, apricot, strawberry, blueberry, raspberry, dll. mengikut citarasa anda.


Cara Menghias Fruity Egg Tart
Setelah egg tart anda sejuk, susunlah buah2an pilihan anda di permukaannya mengikut kreativiti anda sendiri. Kalau suka, bolehlah kilatkan (glaze) buah2an tersebut dgn apricot glaze.


Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau
2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Catatan:
Proses membakar pastri seperti egg tart/ fruit tart/quiche atau fruit flan ini disebut sebagai “blind bake” di mana adunan yg dah diterap ke dalam acuan tartlet, dibakar tanpa isian(filling). Selalunya kalau kita menggunakan acuan yg agak besar, anda harus alaskan aduan yg dah diterapkan dlm acuan tu dgn aluminium foil dan dibubuh bahan kekacang seperti kacang hijau, merah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya dasar (base) pastri tidak akan menggelembung dan mengekalkan bentuk acuan yg digunakan dgn baik. Tapi utk resipi fruity egg tart ni, saya cucuk2kan dasar pastri ni dgn garfu dan ambil sekeping aluminium kecil dan bubuh ke dalam setiap acuan pastri lalu ditekan2kan sedikit. Memadailah dgn cara begini
.


KEK LAPIS EVERGREEN




Bahan- bahan dan cara untuk membuat kek lapis Sarawak adalah mudah tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi, sabar jangan tak sabar tau :)



bahan :

200gm horlicks

170gm tepung Hong Kong
60ml (1 botol besar) pasta pandan
1 sudu teh vanilla

Adunan A :

450gm Mentega
505gm (1 tin) susu pekat manis
100gm serbuk santan

Adunan B :

10 biji telur gred A
450gm gula halus
1 sudu makan ovalette

Cara penyediaan :

- Adunan A -

Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
Masukkan serbuk santan dan pukul lagi hingga sebati.

- Adunan B -

Dalam bekas lain, pukul telur (masukkan telur satu-persatu) dan gula hingga kembang.
Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang.

Satukan Adunan A dan B, kacau hingga adunan mesra.

Masukkan tepung Hong Kong, Horlicks, pandan paste, dan vanilla. Kacau hingga betul - betul mesra.
Sedia untuk dibakar.

Cara membakar kek lapis Sarawak :

Guna loyang 8" x 8". Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas hingga warna adunan menjadi agak kecoklatan. Ulang langkah hingga adunan habis.
setelah selesai, bakar dengan menggunakan api bawah selama 10 minit.

Boleh juga jika mahu kukus.

Guna loyang 8" x 8".
Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan. Tutup Loyang dengan kerajang aluminium untuk mengelakkan air kukusan jatuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang tersebut ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10 minit.
Ulangi langkah ini hingga adunan habis.

Sedia untuk dihidangkan.

KEK SISIK IKAN

 Nota: Loyang 4x4

Bahan2:
225g mentega
95g gula halus
5 biji telur Gred A
150g biskut marie - kisar halus (aku guna Rich Tea Biscuit)
1/2 tin kecil condensed milk
45g horlick (resepi asal kena bubuh serikaya)
1/2 camca teh esen vanilla
1 bungkus hawflakes (10 gulung)
Pewarna hijau

Cara2:

Lengser tin dgn butter.Panaskan oven guna api grill.

Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi hingga rata. Kemudian, masukkan serbuk horlick & susu pekat manis.Putar rata.Masukkan biskut marie yg sudah dikisar tadi.Tuang esen vanila.Apabila sudah sebati,bahagikan kepada 2. Aku buh kaler hijau & natural jer. Pesan pakar kek, kek lapis sisik ikan xyah kaler maler sgt, sbb nanti sisik dia x nampak.

OK...acara melapis pulak.Bubuh 4 sudu adunan dimulai dgn kaler natural. Bakr dlm 7 minit atau sehingga bhgn atas kelihatan perang. Kemudian, bubuh lagi 4 sudu kaler hijau pulak. Teruskan melapis sehingga lapisan ke 4.Bila lapisan ke 4 sudah masak, amik sekeping hawflakes tu, cucuk serong kedlm kek. Skill ni aku belom obtain sbb aku cucuk pun x sekata. Bantai jer laa...Kemudian teruskan melapis sehingga lapisan ke 4 lagi...dan cucukkan lagi hawflakes tu. Kek ni aku buat dpt 3 kali cucuk hawflakes.

So, camtu lah rupa kek aku..komen pada tekstur..emm...agak manis pada aku & asben walau aku dah kurangkan kuantiti gula.Itu aku tak buh serikaya, kalo x...x dpt kubygkan! Tapi, sedap u...lemak..sbb lemak biskut tu kot..pada aku..melt in ur mouth! Cubalah....

KEK CHEESE LAPIS WATERMELON



Ingredients
Bahan A
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)

400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips
Directions
Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method  ya.

Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P

1.  Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit

2.  Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis.  Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.

3.  Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit.  Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.

4.  Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.

5.  Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah.

6.  Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).

7.  Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu..
sele
8.  Bakar sehingga selesai


KEK LAPIS POLKADOT SAGU

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette

Bahan B
480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat
perasa pandan dan coklat

Cara Membuat:
1) Pukul semua Bahan A hingga kembang dan masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati

2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.

3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.

Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.
Catatan saya;
Saya telah mencuba dengan cara demikian dan nampaknya kek ini elok sedap dan cantik.

KEK GULA HANGUS




Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.