Sebut pasal telur aku pasti ingat satu diantara peristiwa dimana buat kali keduanya aku melihat jin dengan mata kepala ku sendiri,biar pun terjadi waktu aku berusia antara lima ke enam tahun tapi aku jenis yang sukar melupakan tiap kali terjadi sesuatu.
Nenek ku pelik juga orangnya,dia suka menyimpan makanan yang selalu nya ditinkan dibawah kolong..Selalu juga aku menolongnya mengemas tempat tu yang bahagian tepinya dibuat rak buat menyimpan makanan.
Dan bukannya makanan dalam tin saja didalam kolong tu malah ayam nenek ku menumpang sekali bertelur disitu,tapi tiap hari pasti nenek ku membersihnya.Pelik juga tapi aku cuma memerhati saja perbuatan nenek ku.
Dah seminggu bertelur agaknya dah dalam 7 biji telur terkumpul.Setiap kali ayam memekak selepas bertelur aku lah yang sibuk nak menghitungnya,tak payah turun,cukup dari atas rumah sebab lantai rumah nenek ku berlubang sebesar duit lima puluh sen dan letaknya betul -betul diatas telur-telur tu.
Dirumah nenek ku cuma ada dua orang abangku ,aku,pakcik,mak su,nenek lelaki dan nenek perempuan ku.Tak pasal-pasal rumah nenek riuh bagai nak runtuh kerana kehilangan telur-telur kesayangannya.Kebetulan aku masih tidur dan rasa nya masih awal pagi.
Apa lah malang nasib kedua abang ku dimarahi nenek dan dihalau pula balik kerumah mak,alasan kerana mencuri telur..tapi ada benarnya telur-telur tu semua dah hilang.
Kedua-dua abangku menafikan,dan aku rasa mereka bercakap benar,,tak pulak aku dapat menyebelahi biar pun puas mereka dimarahi nenek.Cuma kesian je yang dapat ku rasa..nak luah tak lah berani, nenek dah mengamuk sakan.Silap-silap aku yang kena tuduh pulak.
Esoknya ayam tu memekak lagi selepas bertelur,seperti biasa aku pun mengintip kat lubang yang dah tersedia...bukan telur yang aku nampak tapi sebelah tangan hitam yang besar sedang mengambil telur tersebut..nenek ku ketika tu turun dari rumah nak memastikan telur kesayangannya tapi aku cepat -cepat memberitahu nenek ada tangan hantu yang besar telah mengambilnya..Dan ternyata telur tiada walau ayam memekak sekuatnya menandakan lepas bertelur.Nenek tak puas hati dan hari kedua nenek ikut aku mengintip seperti biasa tangan hitam tu datang mengambil telur tu lagi dan kali ini nenek melihatnya sendiri.
Selepas melihat sendiri kejadian tu nenek sedar yang bukan abang- abang ku yang mencuri telur-telur tersebut dan selamatlah maruah kedua abang ku dari gelaran pencuri telur.Yang menjadi pertanyaan ku agak nya jin dari mana yang datang mengambil telur telur tu..penunggu rumah atau Qarin pak su yang memakannya.
No comments:
Post a Comment