Thursday 25 August 2011

RAHSIA MINYAK ZAM ZAM

Suatu hari dihari raya begitu lah lagu yang sedang berkumandang diradio mengingatkan kembali kenangan berhari raya sewaktu kanak-kanak. Kenangan yang lucu dan menyakitkan hati.


Tersenyum sendirian bila  mengingati kisah lucu yang menimpa kakaknya. Izzah seorang gadis yang peramah dan baik hati..tapi dia agak kasar dan berani,kemana-mana selalu saja menemani kakaknya .Kakaknya pula berpewatakan lembut dan suka mengalah dan seorang yang penakut..


Dikampung mereka tinggallah seorang jejaka yang dikenali dengan panggilan sibujang..adapun sibujang ini seorang yang ringan tulang dan suka membantu..baik yang dibantunya itu disukai orang kampung atau pun tidak..tersengih-sengih itu lah tabiatnya..siapa yang nak minum atau makan bila terpandang wajah jejaka ini pasti hilang selera..bukan kerana rupanya tapi gigi nya yang berwarna kuning air dan sentiasa tersengih itu yang menjadi penyebab..
Bila Ramadan tiba mula lah sibujang ini sibuk nak menambah amalnya tapi bukannya berpuasa atau bertarawih,apa yang dibuatnya ialah mencari minyak tanah..diwaktu itu minyak tanah mudah didapati dari bekas lombong minyak.Tujuannya untuk diberi kepada buah hatinya .Menjadi kebiasaan orang kampung menghiasi rumah mereka dengan lampu minyak tanah dan bertambah meriah lah suasana ramadan dikampung tersebut.


Ada pun sibujang ini dia menaruh hati pada kakaknya si Izzah dan tidak lah sibujang ini berkira walau pun terpaksa berjalan berbatu-batu semata-mata nak mencari minyak tanah..asalkan nanti dia berpeluang kerumah orang yang dicintainya sudah memadai.Cara berjalannya yang terhinjut-hinjut dan sentiasa mendepang kedua tangan apatah lagi ketika menghantar dua  botol minyak tanah yang kelihatan disaluti lumpur   sungguh melucukan..Sampai hitam kedua lubang hidungnya menolong Izzah dan kakaknya memasang lampu minyak tersebut sambil tangan nya mengesat peluh didahi sengihnya tetap ada..


Rupa-rupanya sibujang tidak sabar menunggu hari penetapan 1 syawal..seharian duduk dibawah pohon rambutan dibelakang rumahnya.Seawal jam enam petang dia dah tak sabar-sabar nak menunggu pengumunan dibuat..nyamuk dan rengit tersenyum kerana dapat menghisap darah percuma dan sibujang pula tak menghirau kedatangan mereka..tepat jam lapan malam hari raya diumumkan..apa lagi bagai orang kehilangan akal berlari sibujang kerumah orang yang dicintai..menghebahkan...


Yey..yey..esok hari raya.sorak si bujang ni.walau pun tiada siapa yang peduli kerana semua pun memang dah tahu..esok hari raya..
Esoknya awal pagi sibujang dah bertandang..
"Asalamualaikum..
"Waalaikumusalam..eh awak bujang..apa hal pagi..pagi ni?" tanya emak Izzah
Tanpa segan silu sibujang terus naik dan duduk.bayangkan ..siapa lah yang sudi nak melayan tetamu sebegitu awal..
Apatah lagi tetamu yang asyik tersengih sengih dengan gigi nya yang kekuningan..terasa nak muntah emak si izzah..
Sah sibujang ni tak tahu malu tapi tepaksa juga dilayan ,dah diberi makan dan minum..macam tak kenal yang mana pintu yang mana jendela pula sibujang ni..berjam-jam tak nak pulang..Terpaksa diminta pulang baru lah sibujang mengangkat kaki dan punggungnya yang besar..


Disebelah tengah hari tinggal lah Izzah dan kakaknya dirumah kerana emak dan ahli keluarga yang lain kehujung kampung kerana jemputan kenduri.
Sibujang datang lag.adapun sibujang ni bukannya berbaju melayu atau bersongkok..dipagi syawal dia berkemeja merah dan berseluar bell bottom..kalau selalu sibuk dengan minyak tanah tapi pagi raya rambut dan dahinya kelihatan berkilat dek kerana berlumuran minyak rambut kegemarannya...minyak zam-zam..fesyen rambut nyayang mendapat gelaran orang kampung bettle ngong-ngong..membuat sibujang bertambah bangga..walau pun sentiasa diekori lalat yang berbunyi..ngong..ngong..ngong,..
Semakin tersengih lah sibujang walhal hakikat sebenar lalat yang mengekorinya kerana giginya yang tak pernah diberus.


Asalamualaikum..salam diberi..
Izzah dan kakaknya menjenguk serentak dijendela kerana pintu rumah mereka sengaja dikunci..
"Ah..sibujang lagi" kata Izzah kepada kakaknya"
Kakaknya terus bertanya.."Apahal lagi?
"Aku nak beraya lah" sahut sibujang..
"Tak boleh lah emak kami tak ada "jawap mereka serentak..
"Tak apa..tak apa. katanya dengan agak malu dan berlalu pergi..


Setengah jam sibujang datang lagi,kali ni dia tak memberi salam..tapi menjerit dengan suara garau..kelihatan sengihnya dah hilang.dan ditangannya tergengam sebilah pisau..
Dengan marah dia berkata.."tengok pisau ni kamu tak takut kah..buka pintu aku nak beraya ni"


Apalagi Kakak Izzah ketakutan ..seluruh jendela rumah pun dikunci..secara senyap dia mengajak Izzah kerumah kawannya melalui pintu dapur..
Mereka berdua selamat sampai kerumah teman kakaknya tapi belum panas punggung mereka duduk kelibat sibujang muncul dihalaman rumah..
Terjadi lah pertengkaran..dan semua penat lelahnya mencari minyak tanah diungkit.dan diharap mendapat balasan dari orang yang dicintanya..
 Terjadi pergelutan dihalaman rumah..nampaknya sibujang kuat orangnya  tiga lawan satu dia tetap kuat..
Dengan tak  disengaja Izzah mengenggam pasir dan menabur kearah kepalanya sibujang.sibujang tiba-tiba terdiam ,lemah dan meninggalkan mereka tanpa sepatah kata..Izzah kehairan kenapa pulak dan mengekorinya ..
Rupa-rupanya sibujang menjadi lemah kerana kilatan minyak zam-zam dikepalanya hilang kerana ditabur kan pasir..
Dan ternampak lah oleh Izzah sibujang mencuci rambutnya dan termenung kerana minyak zam-zam nya pun dah habis...berarti tidak berkilatlah rambut dan dahinya di Idil fitri..
Selepas itu tiada lah dia menganggu kakak Izzah lagi..





No comments:

Post a Comment