Kalau diimbas kembali perjalanan hidup ku bagaikan satu perjalanan yang agak sukar untuk difahami.
Aku pernah tinggal disebuah pulau yang dikanannya lautan yang luas dan disebelah kirinya sungai yang lebar..bila aku tinggal bersama emak ku terpaksa pula diatas bukit yang tinggi.
Bapa ku membeli rumah tersebut dari kawannya mungkin ketika itu bapa baru bersara dari syarikat marine dan bapa ku telah membeli kapal ikan yang besar untuk memulakan perniagaan tapi kecundang ditengah jalan.Kerana masaalah tersebut terpaksa bapa membeli rumah yang agak murah dan terletak pula dibukit yang tinggi.
Untuk sampai keatas bukit bukannya senang,terpaksa mendaki bukit yang tinggi dan memakan masa hampir satu jam setengah..lain pulak kalau turun terasa seronoknya sebab bukit tu menjunam tentu lah cepat sampai kebawah.
Rumah kami terletak disebelah kanan bukit menghadap matahari terbenam.Seperti sudah diatur walau aku tidak lagi tinggal dipulau melayu tetapi dari kejauhan pulau itu masih nampak didepan mata kami kerana rumah kami menghadap kelaut.Dari situ hampir sebahagian bandar Miri kelihatan dan baik diwaktu siang apatah lagi diwaktu malam sungguh indah sekali permandangannya..Didepan rumah kami hampir setiap hujung minggu pasti ada saja pelancung berkumpul baik dari luar negara atau dari bahagian sarawak sendiri..
Itulah kelebihannya tapi bagi ku tinggal disitu begitu menyusahkan,bukan aku sahaja yang berfikiran begitu tapi keseluruhan ahli keluarga ku.
Boleh dikatakan tempat tu langsung tiada kemudahan..kalau dikatakan tempat jin bertendang disitu lah tempatnya,kalau nak dikata berpuaka pun benar juga dan tempat yang memberhaya pun boleh juga..
Terkenang mak yang dah biasa tinggal dibandar tiba-tiba terpaksa tinggal pula dibukit berpuaka tentu lah menyedihkan tiap malam abang-abang ku akan memasang radio dan lagu yang sering kedengaran tentu lah lagu berirama keroncong..Hingga hari ini aku rasa bagai nak menan;gis bila mendengar irama keroncong..sungguh mengharukan.
Rumah kami terletak ditengah kampung dan jauh sekali dari rumah jiran-jiran yang berada dihujung atau didepan kampung..dan bila malam suasananya gelap ditambah dengan hutan dan pohon yang besar.Tidak jauh dari rumah kami ada sebuah pondok usang dan kadang kala ada seorang perempuan tuan menginap disitu..Orang kampung selalu mengatakan mereka adalah pengamal ilmu hitam..
Tentang mengamal ilmu hitam kalau dikampung itu bukannya rahsia lagi.Kerana tiada berpendidikan agama kebanyakan orang-orang tuanya ada membela..Menjadi kebanggaan mereka memiliki ilmu tersebut.
Walau pun kami orang baru disitu tapi mereka jarang menganggu kerana menjadi tradisi mereka tidak akan menganggu orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka..tapi kami sekeluarga sentiasa berhati-hati dan ada pula dianatara mereka yang baik hati akan memberitahu emak mana-mana dari keluarga mereka yang perlu dihindari atau hendaklah sentiasa bermanis muka bila bertemu dimana-mana.
Tapi tidak kesemuanya senang hati dengan kehadiran kami kerana ketika itu hanya kami orang luar sedang yang lain ada talian diantara satu dengan yang lain..Bermula kehidupan kami yang penuh misteri dibukit itu..

No comments:
Post a Comment