Menanti hari yang ditunggu-tunggu tak semestinya menjanjikan suatu kebaikan andai kita sendiri menantinya dalam keadaan yang leka..Mungkin kita dah terlepas saatnya dan gagal dalam ujian yang Allah berikan.Tetap saja bercakap itu lebih mudah dari nak melakukannya.
20-ogos berarti 20 ramadan dan aku benar tidak sedar yang diri ku diuji Allah.Aku mengajak suamiku ke rumah kakak ku.ketika aku hendak menutup pagar rumah,ternampak lah seekor kucing parsi yang berwarna hitam terhendap hendap ditepi tembok diluar pagar.Ketika itu suami ku menunggu didalam kereta.Aku pulak tiba-tiba saja berfikir..eh cantiknya walau bulunya kotor dan aku terus berniat nak mengambilnya,lantas aku tak jadi mengunci pagar tapi kucing tu cepat sekali melarikan diri,,aku mencari-carinya hanya dengan melangkah berapa tapak tapi aku heran kucing tu tak ada pulak kat tembok sebelah,hati ku seakan diarah tengok kat seberang jalan dibahagian belakang..terkejutnya aku melihat kucing tu mengelupur kesakitan kerana dilanggar kereta..
Kucing tu sempat memerhati ku dalam sakitnya dan kerana dia berlumuran darah aku masih mencari plastic untuk mengalih tubuhnya ketepi jalan,kemudianaku minta pertolongan seorang budak lelaki untuk mengangkatnya dan meletakkannya ditepi jalan.
Kemudian aku memberitahu lelaki yang melanggarnya supaya mengubur kucing tu nanti sebab ketika tu dia belum mati..lelaki tu mengangguk kepala.
Selepas solat tarawih aku teringat balik kat kucing tu,dah dikubur kah belum..aku minta izin suami keluar sekejap dan nampak kucing tu masih disitu tapi dah mati.
Aku bertanya kat jiran didepan ku dan dia memberitahu ku siapa tuan kucing ku.Ku usahakan dan kebetulan pagar dan pintu rumah mereka masih terbuka.setelah ku beritahu keadaan kucing tu mulanya mereka tak mengaku sebagai tuannya tapi kemudian anak perempuannya memberitahu yang mereka telah mendapat baka kucing parsi tu dan mengatakan kucing tu memang tak bertuan,biasa lah dikawasan kami kebanyakan penduduknya dari luar negara yang kebanyakannya dari nigeria) dan akhir mereka pun mengambilnya untuk dikebumikan.
Setelah selesai,aku yang duduk berfikir dan berfikir..aku ingin mengambil kucing tu kerana kelihatan comel..kalau tak comel tak mungkin aku peduli..mulanya aku berniat nak mengubur kucing tu tapi hati ku takut nak mengangkatnya dan ku berharap lebih baik tuannya dicari dan menguburnya..
Nampaknya bukan mudah kita nak menjadi seorang yang ikhlas tanpa kita sedari kita sentiasa mempunyai kepentingan diri yang tinggi..mudah-mudahan Allah mengampuni aku..
No comments:
Post a Comment