Menjadi kebiasaan diwaktu petang aku dan nenek perempuanku akan duduk dijetty sambil nenek ku membuang daun kelapa dari lidinya untuk dibuat penyapu..
Kalau kami tak kepantai berarti dijetty lah tempat kami.Pulau Melayu tempatnya indah sekali..sunyi dan jauh dari segala kesibukan.
Biasanya kalau duduk dijetty,,sesiapa yang nak datang kerumah nenek dengan mendayung perahu akan mengikat perahunya dihujung jetty.
Kebiasaannya kalau mak tidak memakai kenderaan bersama bapa dia akan menumpang orang untuk menghantarnya kerumah nenek..Selalunya mak akan datang waktu pagi .
Tapi hari tu aku dan nenek terdengar seakan-akan bunyi perahu didayung mendekati hujung jetty..yang peliknya tiada sebuah pun perahu pun yang kelihatan..Kami berdua berdiam dan kehairan..Tunggu punya tunggu tak juga ada kelibat yang nampak.
Tapi kami buat tak acuh je dah meneruskan kerja,kemudian terdengar lagi seperti orang mengikat rantai besi..betul betul di hujung jetty yang kebetulan tidak jauh dari tempat duduk kami berdua..
Aku terus bertanya..nek ada orang datang tapi tak nampak..jangan-jangan hantu kan..nenek membesarkan mata..mengisyarat agar aku diam.
Rasa takut dah mula datang,ku lihat muka nenek dah semacam..kami bergerak sedikit dan kalau aku memang nak cabut dan pecut lari tapi tak kan nak tinggal kan nenek seorang diri.
Perlahan nenek bangkit dari tempat duduknya dan mengisyaratkan kepala agar aku mula bergerak balik kerumah..baru saja aku nak melangkah kami dikejutkan dengan bunyi derap kaki yang kuat menaiki tangga jetty..
Rasa takut yang dah melampau aku pun menarik nenek dan terus berlari..
Kami berdua berlari dengan laju sekali terus naik kerumah dan menutup pintu dan jendela dan mak su ku kehairan tapi dia seakan faham dan cuma mendiamkan diri.
Dan kami bertiga sempat lah mengintip dari lubang dinding dibahagian dapur yang kebetulan tempat nenek mengisar biji koko..tak ada kelibat orang cuma kedengaran bunyi derap kaki dan jembatan bergoyang..
Selepas peristiwa itu jarang sekali aku dan nenek duduk dijetty diwaktu petang .Nampaknya disitu juga ada lah laluan mereka dan mereka mahkluk yang telus disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment