Rasanya aku masih ingat ditahun pertama aku dalam darjah satu aku masih lagi tinggal bersama nenek ku.Nenek perempuan ku bukan orang Sarawak jadi bahasa yang digunakan agak lain dari orang Sarawak,ayah mak su ku pula berbangsa hokkien dari singapura tapi keluarganya kebanyakan menganut ugama Islam dan ayah ibu ku pula bukan orang Sarawak dan mereka terpisah sejak perang dunia kedua.
Bahasa yang selalu nenek ku gunakan lebih cenderung kepada bahasa yang digunakan oleh orang-orang dari singapura.Kadang-kadang aku agak keliru kerana mereka asyik bertukar bahasa dalam percakapan antara emak,nenek,mak su dan nenek lelaki.Dan bila bersembang dengan jiran-jiran mereka menggunakan bahasa sarawak.
Sebenarnya aku seronok tinggal bersama nenek dan sehingga hari ini aku masih teringat kenangan yang paling aku suka ialah ketika menuruni tangga jetty,masuk kedalam perahu,kemudian mendayung perahu,walau pun aku takut setiap kali melihat sungai atau lautan tapi aku suka mendayung perahu dan keseronokannya sukar nak dijelaskan. Sepekara lagi yang sukar ku lupakan bila nak kesekolah selepas menyeberang sungai kami akan melalui perkuburan cina.Kerana disitu banyak sekali khazanah yang terbiar.
Setiap hari melaluinya aku terpikat sangat kat cawan-cawan kecil yang berada diperkuburan cina.Mana-mana cawan yang dibiarkan kat tepi kuburan jawapnya pasti ku bawa pulang menjadi koleksi dirumah mainan ku..Tiada siapa pun tahu begitu banyak nya cawan-cawan yang terkumpul.Nenek selalu berpesan agar tidak membawa pulang cawan-cawan yang dibuang itu tapi aku bawa juga..Pada suatu hari kakak ku tidur dirumah nenek dan ketika bermain bersama ku dia ternampak cawan-cawan tersebut..aku tidak menyangka kakak ku akan membawa gelas-gelas tu naik kerumah dan dibersih bersama pinggan nenek yang lain..kemudian nak digunakan pula macam cawan yang lain,apalagi bila nenek ku ternampak,,seharian aku dimarahinya dan akhirnya pak su ku menghantar balikcawan-cawan tu ketempat asalnya..
Namun sempat aku menyelamat mana mana yang tidak dijumpai nenek tapi ketika nenek balik kebandar kucing Sarawak aku tidak sempat membawa cawan-cawan yang ku tanam balik kerumah mak. Hingga kini aku masih ingat bagaimana rupa cawan-cawan tersebut dan dimana aku menanamnya..Cuma aku tidak pernah kesitu sehingga kehari ini.Agaknya tanah tersebut dah dijual dan rumah tu tentunya dah diroboh oleh tuan punya tanah yang baru.Dan semua kenangan indah dirumah tersebut masih terpahat dihatiku dan adakala aku merasa sedih bila teringat suasana di rumah nenekku..
No comments:
Post a Comment