Monday, 12 September 2011

KEK CHEESE LAPIS WATERMELON



Ingredients
Bahan A
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)

400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips
Directions
Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method  ya.

Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P

1.  Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit

2.  Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis.  Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.

3.  Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit.  Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.

4.  Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.

5.  Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah.

6.  Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).

7.  Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu..
sele
8.  Bakar sehingga selesai

No comments:

Post a Comment